Monday, April 22, 2013

Saya Perlu Berubah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat Rasulullah Sallahu Alaihhi Wasallam. Keluarga baginda, para sahabat, serta umat Islam yang sentiasa mengikuti dari masa ke semasa sehinggalah ke penghujungnya. Insya-Allah.
Boleh dikatakan, apa yang ada pada alam ini sentiasa berubah. Bilamana kita melihat matahari yang terbit daripada nun timur.. ia tidaklah kekal sentiasa di situ. Sedikit demi sedikit, ia mula bergerak sehinggalah bertemu dengan penghujung barat. Maka, terjadilah proses kejadian siang dan malam yang selama ini kita pelajari dan ketahui.

Matahari berubah. Suasana pun berubah. Apa yang berada disekeliling kita juga turut berubah. Pokoknya, hampir semua yang terlibat dengan kehidupan di dunia ini sentiasa bergerak dan sentiasa berubah. Namun, jika kebanyakkannya berubah, perkara yang paling penting dalam arus perubahan adalah diri kita sendiri. Pernah atau tidak kita menanyakan diri tentang berubah?

Persoalan yang penting : Mengapa perlu berubah?

Berubah. Persoalan dalam perubahan juga penting. Seseorang itu perlu tahu apa itu perubahan.. dan perlu tahu akan sebab mengapa dia berubah? Berubah secara perlahan-lahan atau secara mendadak? Berubah itu pelbagai. Daripada hodoh, ke cantik. Daripada buruk, ke baik. Dan bermacam-macam lagi.

Realiti pada hari ini, ada segelintir daripada kita tidak boleh menerima perubahan. Mungkin kerana dek sudah terlena pada kedudukan yang cukup selesa. Katalah seseorang itu pada awalnya seorang yang berharta dan bermewah. Lalu, sedikit nikmat yang bernama ujian itu menjengah pada dia.
Hidupnya yang selama ini sangat baik, bertukar keadaan. Dia tertanya-tanya dan masih lagi belum boleh menerima dengan keadaan yang terjadi pada dirinya. Boleh jadi yang buruk itu baik untuk kita, dan yang baik itu buruk kepada kita. Insan, cetek ilmunya. Maka serahkanlah pada pemilik-Nya. Tawakkal.
 
Baik. Jika itu lebih bersifat peribadi, bagaimana pula nanti kita akan hadapi dengan majoriti duniawi? Agak mustahil jika seseorang itu mengatakan aku tidak akan mati dalam peperangan dengan tidak memulakan persediaan awal untuk dirinya. Jadi, jika kita tidak boleh menerima diri sendiri, bagaimana kita ingin menerima diri orang lain? Orang lain itu sudah pastinya berlainan dengan diri kita walaupun orang lain itu adalah keluarga kita sendiri. Walaupun datang dari seibu dan sebapa yang sama. Seharusnya bagaimana?
 
Mulakanlah dengan menerima diri sendiri. Disusuli dengan perubahan yang mana kurang baik ditukarkan kepada yang baik. Lalu, belajarlah menerima perubahan orang lain sekalipun sukar. Bantulah mereka jika perubahan yang dilaksanakan itu pada jalan yang salah. Kerana sebaik-baik perubahan adalah kembali kepada fitrah.

Allahurabbi~

Tahukah muslimah semua beza antara fikir dan rasa??
Fikir itu dengan menggunakan akal
dan rasa itu melalui hati
~ Nur ~
Seringkali kita mengetahui yang sesuatu perkara itu sememangnya baik untuk kita tetapi mengapa kita masih tidak melakukannya??
Kerana muslimah sekalian, mujahadah itu memerlukan akal untuk kita mengetahui manfaat perkara tersebut
dan hati untuk kita merasa kebaikan dari perkara tersebut.
Ya kita sentiasa tahu sesuatu itu baik untuk kita tetapi hakikatnya hati kita gagal untuk merasa.Dan kerana itulah akhirnya kita cenderung memilih jalan yang salah itu.Kerana hati ini lebih merasa nikmat dan bahagia kepada perkara yang akhirnya melalaikan kita dan menjauhkan kita kepadaNya.
Bersedih, bersedih dan bersedih

Bersedih

Ketahuilah muslimah,
Hati itu pengawal keseluruhannya.Kerana itu ada istilah mengatakan jika baik hati seseorang itu,insyaalah baiklah keseluruhannya.
Seringkali akal gagal untuk memandu hati.Kerana itu bersihkanlah hati mu.Bila marah berdoalah muga dibersihkan hatimu.Ditenangkan hatimu.Berceritalah kepadaNya.Nescaya Dia akan menghadiahkan sebuah ketenangan kepada hati milikmu.
Ingatlah muslimah sekalian,
Jika hatimu bersih insyaalah dengan sendirinya rasa keimanan itu akan datang dan hadir dengan sendirinya ke hatimu.
Dan tahukah kamu jika terdetik walau sedetik hatimu untuk berubah,ianya adalah hidayah dari Allah untukmu.Kerana rasa itu milik Allah,dan hanya Dia yang dapat mengilhamkan rasa itu kepada kita.
Cuma mungkin kita diantara sedar atau tidak dengan perkara tersebut.Dan mungkin kita yang mengeraskan hati dari menuju kepada rasa yang telah diilhamkan itu.
Wahai muslimah,
Sesungguhnya Allah sangat menyintai kaum kita.Diberinya kita dengan perasaan yang halus dan peka.Hati yang lembut dan kerana itulah kaum kita yang majoritinya diilhamkan dengan rasa itu.Kerana hati yang lembut dan penyayang itu sangat dicintai Allah.Maka kita harus bersyukur dengan anugerah ini.Dekatilah Dia.Luahkan kesedihan anda kepadaNya.Insyaalah satu hari anda akan bahagia..
Waalhualam

ME PLUSS YOU !

ASSAlamualaikum. Salam ukhwah fillah. Sudah lama Nani tidak menaip.Almaklumlah tidak berkesempatan. Di sepanjang Nani tengah tunggu tawaran untuk sambung belajar,macam biasalah Nani kena lakukan aktiviti sebagai seorang suri rumah di rumah.Dari tak reti masak sudah pandai masak.Dari tak reti kemas rumah sudah pandai kemas rumah.Kalau dahulu.Masyaallah~ Sangat busy.. sAmpai bilik pun tak sempat kemas.
 
HEEEEEE~ ini semua kawan-kawan Nani waktu mlam.Peneman dikala sepi. Yang bestnya,semua teddy ni hadiah dari sahabat . Tapi bukanlah boys okay... hehehe~
After habis SPM,last paper mase tu BIOLOGY..Nani terus daftar nak ambil driving class.Tempat untuk belajar tu Hakim yang syorkan.Dia tu classmate Nani.So,ayah bawak Nani pergi sana and daftar dekat situ.Kebetulan , Ikaa,Ryda and Shahira pun daftar di tempat yang sama.Memang tak disangka-sangka berjumpa. :)
Inilah dia lesen Nani yang sudah dapat.Masa test JPJ memang gabra sangat.Masa pergi ibu bagi nasihat suruh selawat banyak-banyak.Masa ujian jalan raya tiba-tiba pulak lupa nak turunkan hand brake. Nasiblah encik JPJ tu tak perasan kann..Haihhh..Macamana Nani boleh lupa ni..

Btw, masa test JPJ nilah jumpa dengan Cik Syifa. Rakan twitter yang sering saya communicate dengan dia. Masa tu sembang2 kosong je tak sangka pulak Nani boleh bukak mulut mintak Twitter dia.Dia pun bagi lah dekat Nani.So,we still berhubung sampai sekarang.
Inilah wajah cik Cipahh yang comell tu.Sweet kann?
 
Itu sahajalah entri saya pada kali ini.Insyaallah kalau ada masa kita jumpa lagi.
                ~sekian~