Tuesday, April 15, 2014

Mock Job Interview

Assalamualaikum.. kat sini Nani nak story pasal Mocking for Job intrview. Kitorang yang under Business Faculty ni ade ambil subjek Business Communication. So, ade satu task yang kitorang kene buat.. that is.. Mock Job Interview.. its a mock..bukan betul okayy.. preparation tu memang takut +cuak + seram lah.

Tapi nak buat macamana. Kena hadapi jugak. Ni carrymarks wehh~. Nak tanak kene buat jugak.
Bagi adik-adik yang nak ambil atau nak terjun dalam Business Management diaorang kene hadapi benda ni..



This all my classmates after having a mocking ~ 

Here some tips for you guys yang having an interview:

DOs
  • Dress appropriately for the industry; err on the side of being conservative to show you take the interview seriously. Your personal grooming and cleanliness should be impeccable
  • Arrive early; 10 minutes prior to the interview start time [or earlier if the event or employer instructs you to do so
  • Offer a firm handshake, make eye contact, and have a friendly expression when you are greeted by your interviewer
  • Even when your interviewer gives you a first and last name, address your interviewer by title (Ms., Mr., Dr.) and last name, until invited to do otherwise.
  • After the interview, make notes right away so you don't forget critical details.
DON'Ts
  • Don't make negative comments about previous employers or professors (or others)
  • Don't treat the interview casually, as if you are just shopping around or doing the interview for practice. This is an insult to the interviewer and to the organization.
  • Don't allow your cell phone to sound during the interview. (If it does, apologize quickly and ignore it.) Don't take a cell phone call. Don't look at a text message.

Memasak!

Aktiviti memasak dengan perempuan sukar untuk dipisahkan. Macam Nani, Nani memang minat masak ni. Sejak kecil lagi..kud. Selalu tengok ibu masak dekat dapur rasa macam teringin je nak masak jugak kan. Tapi tu dulu. Sekarang dah pandai masak dah. HEHEHE. Sekarang kalau ibu malas masak pun mesti dia yang suruh Nani masak. Alahai.. bila datang mood malas memang malas sangat kan. Tapi tu semua untuk diri sendiri. Memasak ni satu skill untuk girls tau. 

pasta =)
Ni one of my masakan. Tengok tak berapa nak sedap kan. Masa ni buat bila makcik datang singgah rumah dengan anak dia yg berusia 7 tahun & 5 tahu. Bila masak sikit ingat tak ada orang nak makan. Yelaa, rupa tak sedap kan. Klau masuk Masterchef confirm dapat 0% dari segi persembahan. So,budak-budak yang datang ni pun makan. Tak sampai beberapa minit dah habis, sampai mintak Nani buat lagi. Walaupun keberatan,tetap gagahkan jugak diri ni buat. Yela, dah budak-budak nak makan . Takkan nak biarkan pulak kan.
butter buns & mini pizza
butter buns..butter buns...pizza..pizza...
blueberry cheese tart
benda ni yang paling sedap kud. Tapi budak-budak selalu makan inti nya sahaja. 
Golden Tiramisu





Monday, April 14, 2014

JANGAN TIKAM BELAKANG KAWAN

Assalamualaikum..dah lama rasanya Nani tak update enty.. dah setahun lebih kan..maklum lah..busy dengan assignment,dengan kerja,dengan hal-hal berkenan,dengan kawan...dengan kawan,  kawan  , kawan..KAWAN??? hmmm.. bagi Nani kawan sejati tu ada time susah senang kita.. tak kira betapa besar masalah yg kita hadapi..mesti dia yg datang bersama kita, bagi semangat..kuatkan kita lagi.

Tak kira la masalah tu berat ke, ringan ke . Kita sama-sama harungi kan.. Sepanjang hidup Nani ,ade juga yg Nani jumpa kawan orang yg berada sahaja, kawan yg kaya sahaja..yg tak brapa berada ni tak pandang. Selain dari tu, kawan yg hanya berkawan dengan orang yang pandai sahaja. untuk apa? untuk apa ya?? agak-agak untuk apa.. untuk KEPENTINGAN DIRI.

Sepanjang sibuk belajar dekat UiTM ni..Alhamdulillah, Nani dapat kawan-kawan yang sentiasa support Nani. Kalau kite on mood malas belajar ada je yang nak marah. HEHE..tapi tak apa. Tu kan untuk kebaikan kite jugak kan. Nanti yang dapat result bagus ,kita sendiri yang happy. Happy tu happy jugak..

Nani sangat serik dengan pengalaman lepas. Bila orang sebut je pasal kawan. Mungkin Nani jadi seorang yang berhati-hati dalam berkawan. Mana tak nya, pengalaman yang lepas mengajar kita jadi berhati-hati dalam berkawan kan.. tapi sekarang semua hani dah lupakan. Bak kata orang,buang yg keruh ambil yang jernih..

Duduk dekat Uitm ni.Nani ada kawan-kawan yang sentiasa support,share problem sama-sama. Sampai tido pun sama-sama. Bila dah cuti sem masing-masing rindu. Bila dah lama tak on internet, sampai 1000++ whatsapp yang masuk.Alahai korangg..sayang korang sangat-sangat .

ni masa discussion Final Exam . Kononya!
Before Marketing payper!

Baru balik jalan-jalan memandangkan cafe tutup. 

Saturday, June 29, 2013

Hadapi Hanani #boleh

Assalamualaikum.. Hey..Hey.. Nani datang lagi nak story dekat korang ni.. HIHI.. Walaupun sebenarnya tak berkesempatan untuk menaip entri tapi Nani tetap gagahkan jugak diri ni. Assignment semua dah siap ! Jyeahhh~ Semester 1 memang tak de lah berat sangat kan. Cuma santai saja.. Insyaallah,jika kita berusaha allah akan permudahkan segalanya. Wallahualam~
 Semenjak masuk U ni macam-macam dugaan.Lepas satu,satu masalah yang datang.Tapi Nani akan hadapi semua ni dengan kuat.Insyaallah.

Macam ni.. Masaalah 1st masa mula - mula masuk sini.Masatu hari Rabu. Nani pelajar yang baru masuk tak tahu la apa.Join koko Kadet Bomba. Masa hari koko tu,Nani pun tunggulah semua berkumpul dekat food court.Nak dijadikan cerita,boleh pulak Nani tersesat masa nak cari kelas bagi Kadet Bomba.Masa tu memang gelabah sangat.Dahlah takut sebab muka komander dekat situ memang garang sangat.Nasiblah ada sorang abang seniorni tolong.Dia cakap jgn la gelabah,rileks je dik! Memang malulah time tu sebab muka memng nampak ketara gelabahnya.. Blushing.Finally,Abang tu yang tunjukkan mana kelas untuk Kadet Bomba. Bila masuk je kelas semua orang pandang~ time ni memang malu lagi. Nani pun cari tempat duduk yang kosong untuk duduk.Tiba-tiba , pegawai bomba yang mengajar tu mintak Nani kenalkan diri pulak,Memang malu lagi lah kan, Allahuakbar~ maluya~ Tapi Nani tebalkan muka,kenalkan diri jugak dekat kawan-kawan yang ada dalam kelas tu. Actually,kita dapat kawan kawan baru dekat sini.Memang best!

Masalah ke-2 pulak.. alahai.. macam malas nak story kann.. kejap Nani ingat~ ye..time tu masa pergi buat medical checkup.. Dahlaa Nani memang tak pernah pergi klinik kerajaan.Tak tahu procedure untuk buat checkup.Ni yang tak suka.Kena tunggu berjam-jam baru siap.Masa haritu Nani pergi dengan classmates Afikah Najwa. Lama sangat nak menunggu dari pukul 6 pagi dah bangun. so kitorang balik pukul 3.30 petang. Petang tu pulak pukul 4 ada kelas..Ohh.. Nak mintak MCdengan doktor,doktor tak bagi..hemmm tu yang sedih tu.So,nak taknak kitorang kena pergi kelas jugak.Kelas masa tu kelas Arabic (Third Language). Tiba-tiba masuk je dalam kelas,nama Nani takde pulak dalam kelas tu dengan sorang budak lelaki.Ustazah cakap dia hanya perlukan sorang je pelajar untuk cukupkan jumlah 30 orang pelajar dalam kelas tu..hahhh!!! Nani dah tercengang kat situ.Budak laki tu pun pandang2 Nani.Who I care about you~ Ustazah mintak kitorang pergi Office untuk settle kan masalah ni.So berlarilah kitorang pergi pejabat untuk rebut kelas BA ni..yelah sebab Ustazah nak 1 orang pelajar je kan..Dah macam marathon.Penat sangat yelaaa sebab berlari kan.Sampai je dekat office akak yang jaga kaunter tu cakap 'Dik sorry lah, network very slow!'. Masa tu memang bengang lah kan.Tapi takpa..sabar lagi..Sabar tu penting.Ecewahh..Budak lelakitu meng macam bengang dengan Nani. Maybe dia ingat Nani ni senag mengalah..But nooo~ actually dia yang masuk lambat dari Nani.~ But now,kes ni dah selesai pun..Nani still dapat kelas yang sama~ Yeahhhh.. Alhamdulillah

Taraaa~ Ni lah nama rommates  kitaa~ Kat sini orang panggil Nani bukan dengan nama Nani tapi dengan nama HANI. Boleh pulak tukar nama ni kan..I need to try something different. Dalam bilik ni 3 orang je.Rommates semua bagus-bagus. Alhamdulillah gotong-royong kali ni row kami yang menang.. 

Ni muka fresh tau masa gotong-royong. Kami tak dibenarkan mandi.Bnagun pagi terus turun untuk gotonng-royong.
with Qila. My rowmates~ muka fresh :P
had joy masa gotong-royong
malam Ukhwah :)

Had back from clases..ignore plastik bag kami.


Wednesday, June 26, 2013

Imma Going To UITM




      Hello guys..Assalamualaikum..apa khabar kalian..well~ Kita dah lama tak update blog yang usang ni.Actually,Nani busy sangat buat preparation kan..See the tittle? YEAH~ i WAS there..saya masuk Universiti...Alhamdulillah..dapat juga melanjutkan pelajaran ke IPTA..Atas berkat doa ibu dan ayah . Rasa happy yang tak terhingga. The location of mu university is at Johor.Sedih kan? Jauh sangat dari family...  Masa 1st day masuk mmng penat sangat.Macam2 nak kena buat. Beli barang2.. Ibuayah la orang paling happy bila Nani dapat U. Selama ini itu lah yang diorang harapkan dari Nani.Yeahh..Now im BELIVE THAT I caN.I can do the best here~  Masa mula2 nak stay dekat hostel mmng Homesick sangat lah kan.Every night menangis sebab teringat dekat family.Yelaa..dah 18 tahun kita tak pernah pun berpisah dengan family.Klu berjauhan pun masa pergi camping je.Tu pun 3 hari.. Hari-hari menangis..yelahh..masa tu tak pandai nak sesuaikan diri lagi.. Hemmmmm...Basuh baju pun sendiri,pakai tangan lagi sampai menggelupas tangan. Lama2 bila ramai kawan kita dah kenal , semua jadi best.Insyaallah~

  
barang2 nak dibawa ke hostel..HIHIHI :p

Ni je barang2 nak dibawa ke sana. Ahaks! Nampak teddybear tu ye..heheheh..Tu kawan Nani yang bagi.Lembut sangat~ suka peluk ie malam2.selesa tido.. Now dia dah jau..Dia dekat Matriculation~ Okay... Dah jau sembang ni..Nani bawak sikit je barang..yang lain semua beli dekat sana, Bukan apa ,rushing sangat nak buat preparation. Actually, ni 2nd intake.Thats y la very rushed.Medical chekup still tak buat lagi.Buat dekat  sana alahaii...lambatnya~

Taraaa~ ni la katil kita.Aiks! Asal teddy ni lain erk..arghhh~ forget it.. HAHHAHA. Lain macam je kan.. HAHAHAH.Actually, sayang nak bawak..takut kotor !!! maaf.. tpi teddy ni lagi best. Dah 18 tahun bear ni tau..ayah yang belikan sinc kita kecil laGI. thats y la perlu bawa.. Agak2 menangis di waktu malam je..peluk teddy ni..Alahaii..so sweet~ Ramai roomates yang tegur y the teddy ada tasbih dekat leher dia.JENGGG~ Ni jawapan dia.. Sebab Nani ada satu masalah bila nak tido malam.Kadang2 susah untuk lelapkan mata. Then , kalau susah nak tido kita boleh la selawat sambil guna tasbih ni kan..sampai kita terlelap..Itu adalah cara terbaik kud nak hilangkan penyakit SUSAH NAK TIDO malam. HIHIHI.. tapi ramai yang tegur cakap 'Hani,ur teddy bear unik lah,siap ada tasbih.' HEHEH.. Saya hanya mampu senyum je :)

  
one of my roommates,Hidayah :)






ni pic masa malam semarak Ukhwah. muka lepas nangis teringat Ibu :'(
Btw, saya nak ucapkan thanks banyak2 pada yang selama ni bagi support dkat saya.Saya sangat hargai.Dugaan dan cabaran yang berlaku sebelum ni betul2 menguatkan diri saya untuk menjadi lebih maju.Menjadi yang terbaik untuk ibuayah.Terima kasih sangat :) Love u all :*

Sunday, June 9, 2013

Hey ! Im Back..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Im Backkk~ yeahh.. Sudah lama blog ni tidak di Update.Mungkin ramai yang bertanya di mana saya sekarang? Sibuk benar nampaknya.. Maaflah, buat masa sekarang ni agak busy sikit.Maklumlah,still budak sekolah lagi. But its okay la.. Hmmm.. tak ada story nak telling .. Masih memikirkan apa yang nak di luahkan.Sambil menikmati teh tarik yang dibuat sendiri.. Ecewahhh~ Come join me :) Actually, ni pic masa saya Form2 .. No motive here. Time ni late night.. Well, my fav time mmng suka study late night.. Banyak benefit yang kita bole dapat.Ilmu senang nak msuk. Kan kan  ?


Monday, April 22, 2013

Saya Perlu Berubah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat Rasulullah Sallahu Alaihhi Wasallam. Keluarga baginda, para sahabat, serta umat Islam yang sentiasa mengikuti dari masa ke semasa sehinggalah ke penghujungnya. Insya-Allah.
Boleh dikatakan, apa yang ada pada alam ini sentiasa berubah. Bilamana kita melihat matahari yang terbit daripada nun timur.. ia tidaklah kekal sentiasa di situ. Sedikit demi sedikit, ia mula bergerak sehinggalah bertemu dengan penghujung barat. Maka, terjadilah proses kejadian siang dan malam yang selama ini kita pelajari dan ketahui.

Matahari berubah. Suasana pun berubah. Apa yang berada disekeliling kita juga turut berubah. Pokoknya, hampir semua yang terlibat dengan kehidupan di dunia ini sentiasa bergerak dan sentiasa berubah. Namun, jika kebanyakkannya berubah, perkara yang paling penting dalam arus perubahan adalah diri kita sendiri. Pernah atau tidak kita menanyakan diri tentang berubah?

Persoalan yang penting : Mengapa perlu berubah?

Berubah. Persoalan dalam perubahan juga penting. Seseorang itu perlu tahu apa itu perubahan.. dan perlu tahu akan sebab mengapa dia berubah? Berubah secara perlahan-lahan atau secara mendadak? Berubah itu pelbagai. Daripada hodoh, ke cantik. Daripada buruk, ke baik. Dan bermacam-macam lagi.

Realiti pada hari ini, ada segelintir daripada kita tidak boleh menerima perubahan. Mungkin kerana dek sudah terlena pada kedudukan yang cukup selesa. Katalah seseorang itu pada awalnya seorang yang berharta dan bermewah. Lalu, sedikit nikmat yang bernama ujian itu menjengah pada dia.
Hidupnya yang selama ini sangat baik, bertukar keadaan. Dia tertanya-tanya dan masih lagi belum boleh menerima dengan keadaan yang terjadi pada dirinya. Boleh jadi yang buruk itu baik untuk kita, dan yang baik itu buruk kepada kita. Insan, cetek ilmunya. Maka serahkanlah pada pemilik-Nya. Tawakkal.
 
Baik. Jika itu lebih bersifat peribadi, bagaimana pula nanti kita akan hadapi dengan majoriti duniawi? Agak mustahil jika seseorang itu mengatakan aku tidak akan mati dalam peperangan dengan tidak memulakan persediaan awal untuk dirinya. Jadi, jika kita tidak boleh menerima diri sendiri, bagaimana kita ingin menerima diri orang lain? Orang lain itu sudah pastinya berlainan dengan diri kita walaupun orang lain itu adalah keluarga kita sendiri. Walaupun datang dari seibu dan sebapa yang sama. Seharusnya bagaimana?
 
Mulakanlah dengan menerima diri sendiri. Disusuli dengan perubahan yang mana kurang baik ditukarkan kepada yang baik. Lalu, belajarlah menerima perubahan orang lain sekalipun sukar. Bantulah mereka jika perubahan yang dilaksanakan itu pada jalan yang salah. Kerana sebaik-baik perubahan adalah kembali kepada fitrah.